%2Bcopy.jpg)
MasterMath merupakan satu kaedah yang digunakan di Akademi
Al Baraqah yang lebih menumpukan kepada kaedah untuk membantu meningkatkan
penyelesaian masalah dengan membolehkan pelajar untuk menguasai konsep itu
sendiri melalui pendekatan secara berperingkat. MasterMath menekankan pentingnya kemajuan
individu.Tenaga pengajar profesional di Akademi Al Baraqah akan merangka kaedah
berdasarkan perkembangan dan pemahaman setiap pelajar. Akademi Al Baraqah
berkongsi hasrat untuk membantu para pelajar berjaya dalam subjek matematik
berdasarkan testimoni bekas pelaja, pencapaian dalam peperiksaan bekas pelajar dan
pengalaman yang sudah bertahun dalam bidang matematik.
Kelebihan MasterMath?
1. Kaedah pembelajaran yang sistematik untuk setiap tahap
MasterMath menggunakan kaedah kurikulum yang sistematik yang
terbahagi kepada tahap yang berbeza menurut kemampuan pelajar. Ini dapat
membuatkan pelajar lebih memahami dan menguasai konsep matematik dalam tahap
yang progresif.
2. Belajar untuk mengembangkan kebolehan dalam penyelesaian
masalah dengan sendiri
Kurikulum MasterMath adalah sangat progresif. Peningkatan ketara dalam kesulitan di
setiap peringkat menjadikannya mudah kepada semua pelajar untuk belajar. Ini
membolehkan pelajar menjadi selesa dengan konsep yang diperlukan sebelum meneruskan
ke peringkat seterusnya. Para pelajar mampu menyelesaikan soalan-soalan yang
dikemukakan sebagai variasi konsep yang sama
3. Metodologi pengajaran interaktif yang menggabungkan
maklum balas proaktif
MasterMath adalah satu proses pembelajaran yang proaktif. Pelajar
menerima secara terus maklum balas berterusan daripada tenaga pengajar untuk
meningkatkankan proses pembelajaran. Komunikasi adalah satu bahagian penting
dalam pendidikan. Persekitaran positif menjadikan pembelajaran optimum untuk
semua pelajar.
4. MasterMath
membantu pelajar mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan analisis
mereka
Penggunaan
aktif bahan pembelajaran mewujudkan persekitaran dimana pelajar boleh mengembangkan
kebolehan berfikir secara kritis dan analitis. Ini dapat dicapai dengan
membangunkan kebolehan mereka dari segi persepsi dalaman dan kemahiran dengan
menggunakan bahan bahan pembelajaran.
5. MasterMath membolehkan pelajar untuk menggunakan kemahiran mereka dalam semua
bidang pengajian.
Berprestasi
baik dalam MasterMath bukan sahaja membantu pelajar dalam matematik, tetapi
juga berguna untuk menggunakan pengetahuan yang ada ke bidang yang lain.
Kemahiran yang pelajar akan berkembang di MasterMath adalah luas. Dalam
kebanyakan kes, pelajar akan berada di hadapan kelas mereka dan rakan-rakan
mereka. Sebaik-baiknya, pelajar akan maju lebih cepat dalam semua bidang
pengajian akademik dan dengan itu menjadi lebih percaya diri dalam semua bidang
pengajian.
No comments:
Post a Comment
Any suggestion, may leave your comment here. Thank You.