[Dec '14] Kelas Intensif SPM



Kelas Intensif SPM Matematik dan Matematik Tambahan

Kelas intensif tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh cikgu Shereen, yang berpengalaman selama 15 tahun dalam dunia pendidikan matematik dan matematik tambahan.
Pendekatan pengajaran yang mudah, menyeronokkan dan fokus kepada soalan-soalan peperiksaan SPM.
Alhamdulillah lebih 300 testimoni pelajar beliau mendapat keputusan membanggakan untuk peringkat SPM.
Pendekatan tersendiri Cikgu Shereen yang membuatkan pelajar tidak rasa malu dalam proses pembelajaran. Sesuai dengan slogan 'Beyond Worksheets and Grades', di Akademi Al Baraqah, di mana kualiti guru dan persekitaran tempat belajar diberi keutamaan. Setiap kelas hanyua terhad kepada 5 pelajar sahaja (small group concept).

Maklumat jadual kelas seperti berikut :

Kelas Intensif Matematik (8mlm - 10mlm) - setiap Selasa
  • 2 Desember 2014
  • 9 Desember 2014
  • 16 Desember 2014
  • 23 Desember 2014

Kelas Intensif Matematik Tambahan (8mlm - 10mlm) - setiap Isnin
  • 1 Desember 2014
  • 8 Desember 2014
  • 15 Desember 2014
  • 22 Desember 2014

Yuran untuk kelas intensif seperti berikut :
  • 1 subjek : RM 130
  • 2 subjek : RM 250
Cara Pendaftaran :
Sila hadirkan diri pada hari Isnin (1 Desember 2014) di Akademi Al Baraqah.
Sila membuat pengesahan tempat dengan hubungi Cikgu Syafiq, 012-385 5543.

******************************************************************** 
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
“Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya, dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula, dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu dunia yang memberi manfaat dan berguna untuk kita dalam hal-hal yang berhubungan dengan kehidupan kita di dunia, agar tiap-tiap muslim tidak dikategorikan sebagai terkebelakang dan agar setiap muslim dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan yang dapat membawa kemajuan bagi penghuni dunia ini dalam batas-batas yang diredhai Allah SWT.

No comments:

Post a Comment

Any suggestion, may leave your comment here. Thank You.