School of Quran

Mengenai School Of Quran

Bermula Januari 2015, Akademi Al Baraqah menubuhkan School Of Quran  dimana ia adalah alternatif kepada sekolah agama sedia ada. Penubuhannya menyasarkan pelajar sekolah rendah untuk mengambil kelas Al-Quran sebelum atau selepas sesi persekolah, bergantung kepada sesi persekolah pelajar di sekolah kebangsaan.

Perbezaan School of Quran

Apa yang lebih penting dan dilihat dari konsep yang lebih luas tadabbur juga adalah memerhatikan, memikirkan, memahami serta menghayati atau mengkaji Al-Quran dan seterusnya mengamalkannya serta memberi kebaikan atau faedah kepada diri, masyarakat dan Islam secara umumnya.

Untuk memahami Al-Quran dengan lebih baik adalah dengan merujuk kepada kitab tafsir Al-Quran itu sendiri dan tidak semata-mata terjemahannya sahaja, kerana kadangkala ada ayat-ayat Al-Quran yang kita tidak mampu memahaminya tanpa bantuan kitab tafsir.

Menghapuskan mentaliti masyarakat bahawa pelajar yang terbaik dalam pendidikan Islam adalah pelajar yang boleh khatam Al-Quran berulang-ulang, yang mampu menghafal ayat-ayat Al-Quran dan yang enak apabila bertarannum. Kerana itu ramai anak-anak sekarang dihantar ke maahad tahfiz. Ini adalah bertentangan dengan tujuan Al-Quran diturunkan iaitu untuk ditadabbur dan diamalkan intipati Al-Quran.


Untuk mencapai darajah tertinggi di sisi Allah swt, masyarakat harus berpegang pada ajaran Al-Quran dan beristiqamah dengannya. Kerana Al-Quran hanya beri syafaat kepada Ashabul Quran, yakni orang yang beramal dengan ajaran Al-Quran.


Visi
Menjadi sebuah pusat pengajian Al-Quran berprestij yang menjadi rujukan dan sumber ilmiah dalam pengajian Al-Quran  serta menyumbang ke arah peningkatan kualiti pendidikan Al-Quran di seluruh negara.

Misi
Melahirkan generasi pencinta Al-Quran yang berilmu, bertakwa dan beramal dengannya serta membuat anjakan paradigma kepada masyarakat akan pentingnya pemahaman tadabbur Al-Quran dalam melahirkan generasi yang memahami Islam dalam ertikata sebenarnya.

Moto
Melahirkan generasi celik Al-Quran, tadabbur Al-Quran, amal ajaran Al-Quran


Objektif

Antara objektif School Of Quran:

  1. Memberi peluang untuk belajar membaca Al-Quran daripada zero.
  2. Mengajak individu muslim mendampingi dan membudayakan Al-Quran.
  3. Melahirkan generasi yang mempu mentadabbur dan mengamalkan intipati Al-Quran.
  4. Menyediakan pengajian Al-Quran dari peringkat asas hingga ke peringkat tinggi.
  5. Menjadi pusat komuniti yang mampu menjadi rujukan umat Islam setempat.
  6. Melatih individu mengamalkan intipati Al-Quran secara tidak langsung mengamalkan sunnah Rasulullah saw kerana akhlak Rasulullah saw sama seperti intipati Al-Quran.
  7. Mencungkil potensi keupayaan individu ke tahap tertinggi.
  8. Menjadikan mereka pelajar tadabbur Al-Quran yang dihormati dan disegani dengan ilmu yang diamalkan oleh Rasulullah saw.

Keistimewaan School Of Quran
  •   Berpengalaman dalam menganjurkan program-program berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah.
  •   Fokus kepada tadabbur dan amalan Al-Quran untuk melahirkan generasi berakhlak seperti Rasulullah saw.
  •   Pengajian untuk semua peringkat umur (kanak-kanak, remaja dan dewasa).
  •   Dibimbing secara individu (seorang demi seorang) dan berkumpulan (di dalam kelas).
  •   Pilihan waktu yang fleksibel.
  •   Tenaga pengajar yang berkelulusan dan berpengalaman.
  •   Yuran pengajian yang bepatutan.
  •   Persekitaran dan suasana pembelajaran yang selesa.
  •   Sijil tamat pengajian disediakan.

 Maklumat lanjut mengenai kelas di School Of Quran :

  1. Di setiap peringkat (asas al-quran, tajwid atau hafazan), kelas diadakan 5 kali setiap minggu (untuk kategori pelajar sekolah) dan 2 kali seminggu (untuk kategori kanak-kanak, remaja dan dewasa).
  2. Setiap kelas adalah selama 1jam 15minit sahaja.
  3. Selepas setiap kelas, selama 45minit lagi adalah kelas percuma iaitu :
  • Tadabbur Al Quran
  • Amalan Sunnah Harian
  • Sirah Rasulullah s.a.w.

Sesi Pembelajaran

Sesi Pagi

  •       8.00am – 12pm
  •       Kategori: Pelajar Sekolah (Sebelum sekolah kebangsaan sesi  petang)
  •       Kategori: Dewasa

Sesi Petang

  •       1.30pm – 5.30
  •        Kategori: Pelajar Sekolah (Selepas sekolah kebangsaan sesi pagi)

Sesi Malam

  •       8.00pm – 10.00pm
  •       Terbuka kepada semua kategori.

Kategori

  •        Kanak-Kanak
  •        Remaja
  •        Dewasa



No comments:

Post a Comment

Any suggestion, may leave your comment here. Thank You.